Snow

Monday 2 December 2013

** M & M

assalamualaikum dan salam sejahtera uols. sobs.
ehem.

M&M
apekah?

- Meningkat dan Mendekat - 


Awan berarak ceria tiada titisan hujan,
Pohon melambai tanda sokongan,
Kususuri perjalanan bertemankan senyuman,
Dihari lahirmu sahabatku,

Dedaun berguguran,
Membuktikan kedewasaan,
Walau tanpa madah dan hadiah,
Namun cukup untukmu sekadar ucapan.


Selamat Hari Lahir,
Iringan doa kuhulur,

Bersyukur kepada-Nya,

Atas nikmat usia,


Awan berarak ceria tiada titisan hujan,
Pohon melambai tanda sokongan,
Kususuri perjalanan bertemankan senyuman,

Dihari lahirmu sahabatku,


Usiamu ibarat mutiara,
Tiada berganti lagi,
Hiaskan iman bersulam taqwa,

Agar sempat menuju haruman syurgawi.


Selamat Hari Lahir, 

Iringan doa kuhulur, 

Bersyukur kepada-Nya, 
Atas nikmat usia.

Selamat Hari Lahir by SAUJANA


selamat hari lahir cahaya yang termasyhur !
inshaAllah :)
:: 13 JamadilAkhir (6) 1414 :: 28 November ::


ouh, rupenye yang meningkat ialah umur. dan yang mendekat adalah kematian. 
Allahu.



Al Anbiya’: 35
Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
Every soul must taste of death, and We try you with evil and with good, for ordeal. And unto Us ye will be returned.

Alhamdulillah, dengan izin dan rahmat Allah. Allah pinjamkan lagi nyawa dan tubuh badan buat aku si insaniah terpilih untuk melayari bahtera kehidupan. syukur yang tidak terhingga, terima kasih yang tidak ternilai dengan segala kurniaan nikmatNya. :')

Alhamdulillah genap 20 tahun. terima kasih ya Allah. terima kasih mak abah, terima kash adek bradek, terima kasih macik pacik, terima kasih saudara mara, terima kasih kawan kawan sama ada  yang jauh ke yang dekat, yang depan mata, depan meja, sebelah biilik, yang lelaki, yang perempuan, kawan facebook, tuiter dan semua yang sudi mengingati tarikh kelahiran aku (even fesbuk yg bagi alert. hahaa), mendoakan kebahagiaan kehidupan baik di dunia akhirat dan tak lupe jugak yang mengingatkan aku tentang kematian. Allahu. sobs. 

terima kasih. 




hahaa. sori. utk privasi, fesbuk aku dgn pemberi wish dirahsiakan. 





sambung.



terima kasih lagi, 
* amboi banyak betei terima kasih *
 untuk hadiah yang nyata mahupun tak nyata. apepon yang diberi, semua adalah dengan izinNya. 
Alhamdulillah.
*lap air mata*

oke.

*hembus hingus*
seterusnya,

tak lupe ucapan hari lahir buat anda  "J
:: 19 JamadilAwal (5) 1412 :: 26 November ::

dialah senior merangkap genk, buddy, teman, kawan, sahabat, musuh dan bla bla erm yang banyak berkongsi kisah, menabur nasihat, turun naik semangat.
selamat hari lahir ! 
semoga terus tabah, sabar dalam kehidupan dan dikurniakan kejayaan serta kebahagiaan dunia dan akhirat.
moga dapat unit yg best #Eh.
 inshaAllah itu yg terbaek.
aamiin. 
--,


dan tarikh kelahiran beliau dikongsi bersama 
ulangtahun perkahwinan ayahanda bonda yang disayangi kerana Allah :')
:: 16 RabiulAkhir 1409 :: 26 November ::

ayahanda Othman <3 Bonda Azni

 Alhamdulillah, semoga Allah merahmati dan redha akan perkahwinan mereka dan menjadikan kami keluarga yang sakinah mawaddah wa rahmah.
inshaAllah aamiin.
 :)

so. done for today. 
speechless and banyak sangat kalo nak tulis kan.
tapi, biarlah ade doa yang tersembunyi di antara doa yang terlihat. 

sebab,

Doa seorang muslim yg dilakukan secara sembunyi-sembunyi untuk saudaranya itu mustajab 
(HR Muslim)





inshaAllah.
Allah Maha Mengetahui ape yang terbaek untuk hambaNya kan.
:')






then, 
lastly. moga Allah memberkati umur yang diberikan. inshaAllah Aamiin.

gambar ni yam yg bagi. dan aku pon ade sebarkan buat sahabat yang lain.
terima kasih yam :)


till then, jage hati, jage diri, jage iman.
moga Allah redha tiap langkah dan nafas kite semua. 
Allahumma Aamiin.


salam kasih, salam sayang. 
salam ukhuwah.
 wassalam



No comments:

Post a Comment

THANK YOU FOR DROPPING BY :)