Snow

Saturday 7 October 2023

** Kau Adamku, Aku Hawamu


Assalamualaikum hai guys, 
Hopefully korang semua baik baik je, dalam kesihatan yang baik, mental dan fizikal, zahir dan batin. Apepon yang jadi, pasakkan keyakinan, itulah yang terbaik dari Allah at the moment.

Jangan putus asa, teruskan berdoa. Percayalah, kita sedang meminta pada yang Maha Kaya dan Maha Memberi, maka Dia pasti bagi pada masaNya dengan caraNya. Pluspoint, Allah Maha Tahu, kita belom zahirkan doa pon, Allah dah bersedia nak makbulkan. Maha Baik kan Allah?

Just to keep in posting, then aku jumpa lagu baru dari UNIC, tajuk Kau. Not bad lagu dia. Terus buat aku teringat kat Zauj aku di kejauhan sana. 

Allah ya Hafiz Ya Muhaimin, jagakan dia dalam sebaik baik jagaanMu ya Rabb. 
Sikit lagi phase, dan kehidupan ini masih berselang seli dengan nikmat dan ujian supaya kita akan terus berada dekatNya, sebab manusia mudah lupa. Jika terus dibuai nikmat tanpa ujian, ataupon terus rebah dengan ujian dan lupa nikmatNya yang terlalu banyak tanpa kita sedar atau tak.

Dear Zauj, lagu ini buat kamu <3

LIRIK - KAU
Hari-hariku berubah
sejak hati ku berbicara
cinta yang puas ku pendam
kini telah aku luahkan
Segalanya.. Segalanya

Dirimu yang ku percaya
temanimu selamanya
sehingga ke hujung nyawa
pertahankan hubungan kita

Chorus
Kau dalam hatiku
usah pernah kau tinggalkan aku
berjanjilah cintamu untukku
kasih tiada keduanya

Kau satu cintaku sampai mati 
kau tetap milikku
kita bina mahligai bersama
dengan satu tujuan
setia

Bridge
perjalanan ini tak kan mudah
pasti ada gelora dari gelita
bekalkan segunung cinta
kita bersama berjuang untuknya

Tengok kat utube sini tau,


Tapi, ada satu lagi lagu baru dari Aiman Sidek and Bazli UNIC jugak. Aku dengar dan rasa macam counter song pulak. Lirik lagu tu tunjukkan penghargaan kepada kaum Hawa. 

Sebenarnya setiap satu dalam kehidupan ini sukakan penghargaan, suka untuk dihargai. Tak kisahlaa dia Lelaki atau Perempuan. Even haiwan ke pokok ke sebenarnya ada 'perasaan' tu and kalau benda yang tak hidup tu pon if they can tell directly they love when been treated nicely they would express jugak kan?

Bila aku dengar lagu Hawa tu buat aku rasa aku kena jadi lebih baik dari aku yang sebelum ni, untuk 'Adam' aku, dan paling penting untuk diri aku sendiri, kerana Allah. 
Yup, aku selalu rasa aku ada banyak kelemahan, indeed manusia memang diciptakan lemah dan tak sempurna. 
Yang Baik dan Yang Sempurna hanya milik Dia pencipta kita.

Aku akan kongsi jugak link lagu Hawa tu kat sini, aku takde lirik dia sebab tak jumpa pulak kat Google hahahaha so korang tengok je kt utube tu ada lirik sekali.

ni link utube lagu, jemputlaa dengar :)
 :: HAWA :: 

Semoga ada kebaikan dalam hiburan yang kita dengar tu okay guys. tu je untuk post aku kali ni. Same same laa doakan yang terbaik untuk kita semua, untuk satu sama lain. Doakan aku untuk Viva nanti dan semua interview yang akan aku hadapi di masa akan datang, and semoga jugak Allah akan selalu permudahkan urusan kita dunia akhirat. 
Aamiin ya Mujib.


n/s : Selagi Allah masih izinkan nafas ini masih ada, akan selalu ada doa buatmu, dalam apa jua aturan takdirNya. InshaAllah. Jaga diri sayang syg, fi hifzillah. Berat rindu ni, tapi terasa ringan bila sudah diluah segalanya kepada Pencipta Rindu <3 



salam kasih, 
salam sayang. salam ukhuwah. 
wassalam.

 

Tuesday 15 August 2023

** A Blessing in Disguise

Assalamualaikum guysss!

Ya ampun berhabuk jugak ye kat sini. almost nak setahun hang baru menulis syiera? haahaha. rasanya masih belom terlambat kan nak tulis welcome 2023 hihi.

How time flies. Orang kata cepatnya masa, I was partially agree but cant disagree laa sbb memang know2 dah bulan lapan bulan ogos bulan kemerdekaan bulan kita ditunangkan ehh #nakjugak

lebih dari setengah tahun dah berlalu. deep down, yes awak, banyak banyak banyak sangat things change, because everyone is growing up. phewww.

Diam tak diam jugak sebab saya takpernah diam menantikan kepulangan Cinta Hati. Cuti panjang pon dah berlalu, now mengira detik mission accomplished kan awaknya?

Macam saya jugak, tengah crucial dan critical phase on my thesis writing, indeed only Allah knows everything we been thru in this phase. Permudahkanlaa urusan seorang syahiera untuk siapkan thesis, viva dan selesai semuanya dalam tahun 2023 ni jugak. aamiinnn ya Mujib, please guys tolong doakan syahiera othman ni ye :D

gambar throwback kat sabah sikit hehe

but, there is always a blessing in disguise. gittew, kite dh highlight tajuk wak hahaha
hari tu aku ada baca somewhere, tak ingat kat mana, but it state about 
sabar dan redha.

"orang yang sabar tak semestinya dia dah redha, but orang yang dah redha pastinya dia dah bersabar dengan takdirnya."

I am always asking myself, "kau dah cukup redha ke dengan diri kau?"
know what, half of myself say I didnt, but another of mine say I did.

tapi aku takboleh nak tipu laa, rasanya lebih pada masih cuba untuk redha dengan semuanya. sebab masih selalu nak kene ingatkan diri sendri untuk berdamai dengan segala aturan Dia. kan?

hopefully korang semua pon diberi sakinah, mawaddah, warahmah, Allah permudahkan untuk rasa redha akan segala ketentuan Dia. Kita hidup ni tak lama. Sekejap je, lagi lama dalam penantian kat kubur sebelum dihisab. semoga kita akan terus berusaha buat semaian terpaling banyak untuk tuaian kat akhirat bersenang di syurgaNya nanti. InshaAllah aamiinnn.

In this phase, maybe aku akan banyak post kot. kalau rajin laa kan, inshaAllah but I tend to keep this blog alive. Doakan yang terbaik untuk aku, untuk suami aku, untuk diri korang dan semorang.

Semoga Allah permudahkan sgl urusan kita dunia akhirat. aamiinnn.

n/s : salam kerinduan, semoga kau baik baik selalu dalam jagaanNya, jagalah hatiku dengan kembali kepadaNya, si Penjaga Hati setiap manusia <3

salam kasih, 
salam sayang. salam ukhuwah.
 wassalam.

Saturday 5 November 2022

** MALBATT 850-10 : Cinta ke Bumi Anbiya, Lubnan

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera, salam bahang PRU-15 #eh hahaha kene la related sikit dengan isu semasa gitu.

Whats up guys?
Aku sebenarnya wondering tau, ade ke yang baca blog aku ni hahaha.
Tapi kalau takde yang baca pon takpe sebab masih ada sorang yang setia baca.
Nak tau sapa? 
.
.
.
Aku la, blog owner.

Antara satu space yang dengan tak malunya i declare myself as owner. Tu pon ada juga beberapa kali kene hacked dan dah nak kene remove sbb inactive. Apo syiera? ;p

Dah dah, now lets back to tajuk.

Alhamdulillah ala kulli hal.
Impian seseorang yang kita sayang, Allah makbulkan dengan caraNya, masaNya yang pastinya yang terbaik mengikutNya.

AllahuAkbar!
I never thought I am going to went back to my 'home' this soonest, but indeed Allah knows best.

The day he told me dia dapat selected pegi misi ni, hari yang sama 1st time aku kene attend AGM Bakat after years sebab, adalah sebabnya hahaha. Mase tu lepak lepak lepas subuh sebelum nak bersiap nak attend meeting, ada benda yang kitorg borakkan.

Taksilap aku laa, pasal posting. sebab 2022 kami berharap akan dapat posting SM.
then tibbeh,
.
.
.
bla bla bla,
short story dia tunjuk aku kawat sekar tu.
sebbaik laa kita ni boleh lh jgk bace sbb ayat depa tak stret macam ayat kita.

and I be like?
seriously?

sis memang terkedu. 
dalam hati ni dah macam roller-coaster, happy, risau, sedih, takut, semua laa and at the same time i knew it will be another adventure to face fuhhh.

"you got my back. pergi."
and the rest is history.

Actually sebelum kahwin, he ever mentioned to me about misi malbatt ni, and also lepas kawen pon we ada discuss about ni. Especially masa one of our close friend, husband dia pergi on 850-8. Lagi lah time tu tengah covid, ada kuarantin, takboleh sent-off. Allahu, I should be more grateful kan?

Alhamdulillah.

So apebende misi malbatt ni?
Jujurnya aku nak explain pon, it may differ between the series, so you guys boleh je google hahaha.
Sini aku share link, apa itu Malbatt?

Cut it off,
 sebab aku nak cerita lebih takut taknampak dah keyboard dengan skrin ni. 

Takpe, ini bahagian aku dan dia. 
Allah dah makbulkan antara doa dan impian dia tu dah dikira satu hadiah besar dari Allah. Kita memang ada banyak impian, kita memang ada banyak perancangan tapi semuanya akan kembali kepada Maha Pengatur dan alunan takdir yang Dia tetapkan.

Aku post ni sebab nak remark a special post for him.
Supaya aku tak lupa dan boleh jadi pemangkin semangat or reminder di masa akan datang.

27th October 2022
Birthday ibu yg ke-58 tahun
1st Sortie

Semoga sentiasa dalam jagaan Allah syurgaku.
Jaga diri, jaga iman, jaga hati.
FI hifzillah.

Lagi panjang kang lagi emosi hahaha
bai guys.
see you next post.
InshaAllah

sikit je laa aku lanjew gambar okay?


Alhamdulillah cuaca elok sangat hari tu


Si topi biru



n/s : Smg Allah pertemukan kita lagi dalam keadaan kita yang lebih baik, smg jua segala urusan dan perancangan kita Allah sentiasa permudahkan dan lancarkan. Aamiin.
I just missed you a seconds you left me.
Be well there. We can do this!



salam kasih, salam sayang. 
salam ukhuwah. 
wassalam.